1. Minum minyak kelapa

- apabila kandungan mencecah 6 bulan, amalkan minum minyak kelapa yang di masak sendiri, sekurang-kurangnya, 2-3 kali seminggu.
- Biasanya orang beli je minyak VCO sekarang ni.
- apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan, amalkan minum setiap hari
2. Telan telur ayam

- amalkan makan telur ayam yang masih mentah, setiap pagi, seminggu sebelum bersalin.
- yang ini anda boleh amalkan jika kandungan anda dah masuk minggu ke-39.
3. Minum air zam-zam

- Sebaik-baiknya di amalkan sepanjang kehamilan
4. Minum Milo / susu campur marjerin

- Bancuh air milo atau susu dan campur dengan marjerin
- Baca selawat, al-fatihah dan doa nabi Yunus (rujuk no 11 dibawah), sebelum minum, agar dimudahkan rahim untuk terbuka
5. Minum air kelapa

- amalkan minum air kelapa dara, sepanjang kehamilan
- selain mencantikkan kulit bayi, ia juga membantu mencuci kepala bayi semasa bersalin
6. Minum air selusuh
- amalkan air selusuh, sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu, apabila kandungan mencecah trimester ke-3
- amalkan setiap hari, ketika kandungan sudah mencecah 9 bulan
- Ingin tahu cara penyediaan air selusuh, boleh baca di sini.
7. Makan kurma

- Elok di amalkan sepanjang kehamilan, kerana khasiatnya banyak.
- malahan, ia membantu memberi tenaga yang lebih, semasa meneran
8. Makan sayur bendi

- amalkan sayur bendi setiap hari, agar membantu memudahkan bersalin
9. Minum air akar fatimah
- rendam akar fatimah di dalam air suam, diminum berserta dengan selawat keatas Nabi S.A.W
10. Amalkan surah atau ayat dari al-quran
- surah Maryam
- surah Al-Imran ayat 38
- surah Al-Insyiqaq ayat 1-4
- surah Abasa ayat 20
- surah An-Nahl ayat 78
11. Doa Nabi Yunus

- Di amalkan semasa kontraksi bermula dan baca berulang-ulang kali sehingga bersalin
12. Solat Hajat

- Buat solat hajat, dan berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin.
- Sebaik-baiknya, dibuat bersama suami dan minta suami membaca ayat al-imran ayat 38 dan diusap pada perut isteri
13. Banyakkan berjalan

- Sebaik-baiknya di amalkan apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan
- Banyak berjalan, agar memudahkan salur rahim terbuka
14. Senaman ringan

- Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu
- Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina
15. Minta ampun
- Memohon ampun daripada suami dan orang tua
16. Kerap ‘bersama’ suami
- Ketika kandungan sudah mencecah 37-38 minggu, sebaik-baiknya, lakukan hubungan ‘intim’ dengan suami dengan lebih kerap
- Ia akan membantu agar rahim terbuka dengan lebih cepat dan mudah
17. Berzikir Ya Wahhab
- Boleh diamalkan ketika anda mula terasa kontraksi, dan berdoa di dalam hati, agar Allah memberi ketenangan dan dipermudahkan urusan bersalin
woww.. banyak jugak..jika anda ada tips-tips yang anda sendiri amalkan, anda boleh kongsikan di sini, yer..
selamat beramal..semoga anda dipermudahkan urusan untuk bersalin secara normal.. Insha Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan