glitter-graphics.com

My Baby Love

Lilypie Pregnancy tickers

Ucuk & Podot Marriage !!

Daisypath Anniversary tickers

ℓιƨтɛи тσ мɛ внα ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Jumaat, 13 Januari 2017

AIR SELUSUH

Air selusuh merupakan air yang digunakan untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin. Boleh atau tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian kita? Pada pendapat saya sendiri, selagi ianya tidak mendatangkan mudarat kepada si ibu dan bayi yang dikandungkan, tidak menjadi masalah untuk diambil. Yang penting, tujuan air itu adalah untuk memudahkan wanita bersalin. Jika ada kesan yang tidak baik saya nasihatkan supaya tidak minum.
Ada juga yang bertanya, apa hukumnya menggunakan air selusuh ni? Saya bukanlah seorang arif dalam menetukan hukum agama ni. Tapi apa yang saya boleh kongsikan, jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran serta doa-doa memohon proses kelahiran zuriat dipermudahkan oleh Allah. Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam. Jika menggunakan jampi-jampi karut yang menyesatkan ataupun menggunakan khidmat tok bomoh yang kita sendiri tidak tahu apa yang dibaca, maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.
Ada pelbagai cara untuk sediakan air selusuh ni. Ada diantaranya menggunakan air yang dibacakan ayat-ayat al-quran, ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan dan macam-macam lagi. Orang kata, lebih baik sekiranya, air selusuh itu disediakan sendiri oleh suami. Sebagai tanda dan doa dari suami yang mengasihi isterinya, memohon bantuan daripada Allah dan berikhtiar untuk melancarkan proses kelahiran zuriatnya sendiri. Sesungguhnya, kita sebagai hambaNya, berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukan

17 Tips Yang Ibu Hamil Anak Pertama Perlu Tahu Agar Bersalin Dengan Mudah

1. Minum minyak kelapa

  • apabila kandungan mencecah 6 bulan, amalkan minum minyak kelapa yang di masak sendiri, sekurang-kurangnya, 2-3 kali seminggu.
  • Biasanya orang beli je minyak VCO sekarang ni. 🙂
  • apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan, amalkan minum setiap hari
2. Telan telur ayam
  • amalkan makan telur ayam yang masih mentah, setiap pagi, seminggu sebelum bersalin.
  • yang ini anda boleh amalkan jika kandungan anda dah masuk minggu ke-39.
3. Minum air zam-zam

  • Sebaik-baiknya di amalkan sepanjang kehamilan
4. Minum Milo / susu campur marjerin

  • Bancuh air milo atau susu dan campur dengan marjerin
  • Baca selawat, al-fatihah dan doa nabi Yunus (rujuk no 11 dibawah), sebelum minum, agar dimudahkan rahim untuk terbuka
5. Minum air kelapa

  • amalkan minum air kelapa dara, sepanjang kehamilan
  • selain mencantikkan kulit bayi, ia juga membantu mencuci kepala bayi semasa bersalin
6. Minum air selusuh
selusuh
7. Makan kurma
  • Elok di amalkan sepanjang kehamilan, kerana khasiatnya banyak.
  • malahan, ia membantu memberi tenaga yang lebih, semasa meneran
8. Makan sayur bendi
  • amalkan sayur bendi setiap hari, agar membantu memudahkan bersalin
9. Minum air akar fatimah
air kacip fatimah
  • rendam akar fatimah di dalam air suam, diminum berserta dengan selawat keatas Nabi S.A.W
10. Amalkan surah atau ayat dari al-quran
  • surah Maryam
  • surah Al-Imran ayat 38
  • surah Al-Insyiqaq ayat 1-4
  • surah Abasa ayat 20
  • surah An-Nahl ayat 78
11. Doa Nabi Yunus
  • Di amalkan semasa kontraksi bermula dan baca berulang-ulang kali sehingga bersalin
12. Solat Hajat
  • Buat solat hajat, dan berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin.
  • Sebaik-baiknya, dibuat bersama suami dan minta suami membaca ayat al-imran ayat 38 dan diusap pada perut isteri
13. Banyakkan berjalan

  • Sebaik-baiknya di amalkan apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan
  • Banyak berjalan, agar memudahkan salur rahim terbuka
14. Senaman ringan

  • Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu
  • Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina
15. Minta ampun
  • Memohon ampun daripada suami dan orang tua
16. Kerap ‘bersama’ suami
  • Ketika kandungan sudah mencecah 37-38 minggu, sebaik-baiknya, lakukan hubungan ‘intim’ dengan suami dengan lebih kerap
  • Ia akan membantu agar rahim terbuka dengan lebih cepat dan mudah
17. Berzikir Ya Wahhab
  • Boleh diamalkan ketika anda mula terasa kontraksi, dan berdoa di dalam hati, agar Allah memberi ketenangan dan dipermudahkan urusan bersalin
woww.. banyak jugak..jika anda ada tips-tips yang anda sendiri amalkan, anda boleh kongsikan di sini, yer..
selamat beramal..semoga anda dipermudahkan urusan untuk bersalin secara normal.. Insha Allah.

Rabu, 2 Januari 2013




BAB 1: KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


1.1 PENGENALAN
n  Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya.
n  Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita Malaysia


1.2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
1.2.1 Masyarakat
n  Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.[1]
n  Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.
n  Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti  berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya.
n  Contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan sebagainya.
n  Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya , memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu.
n  Dari keterangan di atas dapatlah dikatakan bahawa  Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa atau “masyarakat majmuk”.

1.2.1.1 Masyarakat Majmuk
     Istilah masyarakat majmuk  dipelopori oleh J.S Furnivall menerusi kajiannya mengenai masyarakat Indonesiadan Myanmar.
             Menurut beliau masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam. Walau pun mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Interaksi di antara mereka adalah amat sedikit dan amat terbatas. Interaksi wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama ketika proses jual beli di pasar sahaja. Seterusnya pemisahan tersebut berlarutan sehingga di bidang pekerjaan, di mana bidang pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum tertentu (Ruslan Zainuddin, et al. 2005) 
     Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Penduduknya terdiri dari pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban dan sebagainya. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah disebabkan oleh perkembangan industri bijih timah dan getah yang pesat di sekitar abad ke 19.
     Walau pun etnik ini tinggal di dalam sebuah negara dan di bawah satu sistem politik (pemerintahan penjajah British), namun masing-masing tetap dengan tradisi,  identiti, adat resam, budaya, agama mereka.  Senarion ini dapat dilihat dalam sambutan hari kebesaran etnik masing-masing  hari ini.


1.2.1.2 Ciri-Ciri Masyarakat
n  Berkelompok
-Masyarakat tidak akan wujud tanpa  kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok  membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.

n  Berbudaya
-Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

n  Berinteraksi
-Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah  terdapatnya perhubungan, interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakat. Perhubungan, interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.  

n  Mengalami perubahan
- Sesebuah masyarakat  adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari  masyarakat  itu sendiri. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.

n  Mempunyai kepimpinan
-Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai peringkat  sama ada kepimpinan peringkat rendah,sederhana mahupun tinggi. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara. 

n  Mempunyai aturan sosial
- Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat .


1.2.2 Budaya
n  Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataanbuddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan olehmanusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.
n  Kamus Dewan (2005) “Budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya” (Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005) .
n  Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep menyeluruh yang  mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
n  Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-satu kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya.

1.2.2.1    Ciri-ciri budaya:

n  Boleh dipelajari
-Ia tidak lahir dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan, minum,  berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya.

n  Boleh diwarisi
-Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.

n  Boleh dikongsi
-Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain. Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

n  Boleh berubah-ubah
-Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan berubah kepada atap genting dewasa ini. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis.

n  Bersifat sejagat
-Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati alam sekitar. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat, pengaruh luar, agama dan sebagainya

n  Mempunyai unsur simbolik
-Unsur-unsur berupa  imej (bendera, warna, logo, lambang dan sebagainya), bunyi (siulan, bunyian alat muzik ), isyarat,( isyarat tangan, muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

1.2.3          Etnik

n  Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini termasuk adat resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian.

n  Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi.
Pengkaji  barat, Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada  (Mansor Mohd Noor, et al.2006):
                i.Caucasoid (putih)
                ii. Negroid (hitam)
                iii. American (merah)
                iv. Mongoloid (kuning)
1.2.4 Bangsa
n  Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan yang sama.
n  Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang besar dalam satu-satu kelompok. i.e. bangsa Cina, MelayuIndia dan lain-lain.
n  Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia, bangsa menggambarkan anggota etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik. i.e Melayu, CinaIndia dsb.


Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas  Hubungan Etnik

n  Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama yang menyatukan mereka.

n  Etnosentrisme : Kepercayaan dan  kebanggaan yang wujud di kalangan anggota sesebuah kelompok bahawa kehebatan  cara hidup, budaya warisan serta etisiti mereka adalah jauh lebih baik dari kelompok lain.

n  Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi:
                                                         i.            Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain
                                                       ii.            Mencetuskan persengketaan senyap kerana budaya etnik lain dianggap mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia
                                                      iii.            Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikap ego dan kebanggaan yang melulu
                                                     iv.            Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur cara hidup dan budaya etnik lain
                                                       v.            Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan mereka seperti “katak di bawah tempurung”.

n  Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi.

n  Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan ciri-ciri etnik.

n  Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. Ianya dibuat berdasarkan generalisasi dan prasangka sahaja.

n  Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah terhadap etnik lain. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

n  Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis  terhadap etnik-etnik lain. Walau pun sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik , tetapi  kerana sikap prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama.
n  Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan.
n  Contohnya penulis barat mengatakan: “kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana kerjas keras mereka, manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas dan boros mereka”. Pandangan streotaip orang Melayu terhadap orang Cina: “Orang Cina adalah pengotor”,


1.3   KONSEP INTEGRASI DAN PERPADUAN
Definisi integrasi (integration) : Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik (Ruslan Zainuddin, et al. (2005).

n  Menurut Ting (1977) : integrasi sosial  adalah proses menyatu padukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing (Ting, 1977).
n  Jelasnya bahawa integrasi akan wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. Ianya akan melenyapkan sikap prasangka, diskriminasi terhadap satu sama lain.
n  Istilah integrasi sosial ini adalah cetusan idea seorang ahli sosiologi British David Lockwood di dekad 1950an dalam usaha beliau  mencari formula keamanan dan keharmonian bagi sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.

Menurut Shamsul Amri integrasi etnik dapat diklasifikasikan kepada beberapa Jenis, antaranya:  
■    Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks ekonomi, politik, sosial dsb.
n  Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
n  Integrasi kebudayaan : Usaha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi budaya kebangsaan.
n  Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial.
n  Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program pendidikan.
n  Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan melalui konsep pembahagian kuasa.
n  Perpaduan : Satu proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air (Ruslan Zainuddin,2005).
n  Jelasnya perpaduan adalah melibatkan penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan baik fizikal, ekonomi, politik dan sosial.
n  Perpaduan adalah penting bagi mewujudkan kestabilan politik yang mana akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. (.2007)


1.4 TEORI INTEGRASI ETNIK
Menurut ahli soiologi (Shamsul Amri. 2005) integrasi etnik berlaku dalam beberapa peringkat, antaranya:
                     i.            SEGREGASI (Segregation)
n  Hubungan yg bersifat pemisahan antara etnik di dalam kawasan tempat tinggal, persekolahan, pengangkutan kemudahan awam dsb sesebuah negara. Hubungan bentuk ini sepertimana dasar apartheid yg di amalkan oleh negara Afrika Selatan.

ii.            AKOMODASI (Acomodation)
n  Proses etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu samalain namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Walau bagaimana pun mereka hidup dalam harmoni. i.e Swiss.

iii.           AKULTURASI
n  Proses penerimaan budaya dari kelompok lain sehingga kebudayaan kelompok tersebut diterimapakai sebagai kebudayaan sendiri.
Proses penerimaan tersebut sesekali tidak akan menyebabkan hilang identiti asal mereka. i.e pemberian ‘ang pow’ pemakaian tali leher dsb. oleh masyarakat Malaysia.

iv.              ASIMILASI
n  Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga terbentuk satu kelompok manusia yg mempunyai identiti yang sama. Di Malaysia ia berlaku pada masyarakat Baba Nyonya Melaka, masyarakat Cina Kelantan.
n  Teori asimilasi ini menggunakan formula A+B+C = A
n  A mewakili etnik dominant, manakala B dan C mewakili etnik minoriti. Ideanya ialah lama kelamaan semua kumpulan akan mematuhi pola-pola golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.

v.               AMALGAMASI
n  Proses percampuran budaya dan ras sehingga membentuk budaya dan ras yang baru. Cara utamanya ialah melalui perkahwinan campur.
n  Teori  ini menggunakan formula A+B+C = D
n  A,B dan C mewakili etnik yang berlainan, manakala D adalah etnik yang terhasil dari penyatuan A, B dan C.

1.4   HUBUNGAN ETNIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

● Menurut Islam, manusia walaupun berlainan bangsa, kulit, bahasa dan agama adalah berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam a.s. Ini dinyatakan oleh Allah swt:
“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam dan Kami angkut (permudahkan mereka dalam perjalanan di daratan dan di lautan dan Kami kurniakan mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan” (a-l-Israk:70)
● Dalam Islam, Islam juga tidak membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain berdasarkan warna kulit, etnik dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw:
       Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa Ajam dan tidak ada kelebihan bangsa Ajam ke atas bangsa Arab”.

● Sehubungan dengan itu Rasulullah pernah memarahi Abu Zarr apabila Abu Zarr menghina Bilal dengan mengatakan “wahai anak hitam”. Sabda Rasulullah saw “Apakah engkau menghinanya kerana ibunya?, sesungguhnya pada diri mu itu terdapat sifat-sifat jahiliyah” (Sahih Bukhari)

● Seterusnya Islam menganjurkan supaya umat Islam mewujudkan hubungan yang mesra antara umat manusia sepertimana firman Allah: Hujurat : 13
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu”).
                     


Bibliografi
1.       Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2.       Mansor Mohd Noor. Abdul Rahman Abdul Aziz dan Mohamad Aminuddin Iskandar Lee. (2006).   Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.
3.       Ruslan Zainuddin. Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2005). Kenegaraan MalaysiaKuala Lumpur:Oxford Fajar.
4.     Shamsul Amri Baharuddin (ed). (2007).  Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: Pusat Penerbitan        Universiti (UPENA) UiTM,


#shared:uitmnote

Ħα_Ħα_Ħʋ_Ħʋ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Rashidah Jr SuLaiman