BAB 5: PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
5.1 PENGENALAN
n Bab ini akan membincangkan hubung kait pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Ia juga akan menjelaskan konsep modenisasi, pembangunan ekonomi dan politik.
5.2 KONSEP MODENISASI
n Modenisasi : proses transformasi / merubah sesebuah masyarakat dalam segenap bidang kehidupan samada politik, sosial, ekonomi dll.
n Transformasi terbahagi kepada dua iaitu berencana dan tidak berencana
n Transformasi berencana iaitu perubahan yang mempunyai matlamat, kaedah dan ianya dapat diukur.
n Pembangunan ekonomi dapat diukur melalui:
n Pertumbuhan Dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK)
n Peningkatan kualiti hidup (pendidikan, kesihatan, persekitaran, kemudahan asas dsb.
5.3 MODENISASI DI MALAYSIA
n Modenisasi Malaysia adalah bermodelkan modenisasi barat yang banyak menitikberatkan pembangunan ekonomi.
n Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia sedar bahawa negara tidak boleh selamanya bergantung kepada sektor pertanian kerana harga komoditi pertanian sentiasa mengalami turun naik.
n Oleh itu Malaysia meletakkan matlamat ingin keluar dari status negara pertanian kepada sebuah negara industri.
n Bagi merealisasikan matlamat tersebut, beberapa langkah telah diambil, antaranya:
n Menyediakan prasarana i.e jalanraya, keretapi, tenaga elektrik, komunikasi dsb.
n Pembangunan dan penggunaan teknologi terkini/moden dan mengenepikan ilmu tradisional dan menggantikannya dengan ilmu saintifik.
n Pembangunan pertanian : pertanian sara diri diubah kepada pertanian komersil.
n Urbanisasi : memindahkan penduduk luar bandar ke bandar bagi memenuhi permintaan tenaga buruh.
n Perhebatkan proses industrialisasi : Pengeluaran barangan kilang / siap secara besaran2.
n Perubahan daripada industri gantian import kepada industri berasaskan ekspot.
n Di abad ke 21, Malaysia memberi fokus kepada pembangunan beasaskan K-Ekonomi.
n Secara umumnya Malaysia berjaya memodenkan ekonomi. Buktinya :
n Pertumbuhan ekonomi 1990an berada pada 8-9%.
n Peningkatan kualiti hidup
n Inflasi terkawal
5.4 URBANISASI DI MALAYSIA (DALAM KONTEKS POLITIK)
n Dalam konteks negara Malaysia , pembangunan ekonomi tidak dapat dipisahkan dengan pembangunan politik.
n Ini adalah kerana Persekutuan Malaysia adalah terbentuk dari gabungan beberapa negeri dan juga gabungan beberapa etnik yang membentuk negara bangsa.
n Berbekalkan gabungan tersebut, maka Malaysia beriltizam untuk membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan harmoni.
n Dalam konteks pembangunan ekonomi, kemajuan ekonomi bukan hanya untuk kemakmuran ekonomi semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu iaitu untuk pembentukan sebuah negara bangsa yang mampu hidup bersama.
n Oleh itu kerajaan sedar bahawa pembangunan di Malaysia mesti mengambilkira soal etnik dan demografi. Tanpanya akan berlaku pertelingkahan etnik sepertimana peristiwa 13 Mei 1969.
n Bagi mengelak peristiwa tersebut berulang, maka kerajaan telah perkenalkan beberapa rancangan, antaranya:
n Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama
n Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
n Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
n Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
n Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua
n Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
n Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
n Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
n Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
n Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga
n Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
n Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
n Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
n Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
n Bagi merancakkan lagi pembangunan Negara, kerajaan telah merangka Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Ianya adalah:
n Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990)
n Dasar Ekonomi Baru (DEB).
n Matlamatnya :
n Mengurang dan membasmi kemiskinan.
n Menyusun semula masyarakat.
n Strategi yang digunakan:
n Mewujudkan peluang pekerjaan dipelbagai sektor
n Merapatkan jurang pendapatan antara etnik & wilayah
n Rancangan Pembangunan Wilayah.
n Matlamat:
n Memperbaiki taraf hidup
n Pembukaan tanah dan pembukaan Bandar baru, i.e KESEDAR, KETENGAH, KEJORA dll.
n Pembangunan Perindustrian.
n Industri berat berasaskan modal dan teknologi i.e HICOM
n Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara
5.5 ISU-ISU EKONOMI
n Agihan ekonomi.
» Pertumbuhan ekonomi negara adalah amat memberangsangkan i.e 8-9% pada 1996
» Isu agihan di sini dilihat dari dua sudut iaitu agihan berdasarkan kelas sosial dan agihan berdasarkan kelompok etnik.
n Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan)
» Perlembagaan fasal 8 perkara (1) menjelaskan bahawa semua orang adalah samarata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan samarata disisi undang-undang.
» Oleh itu ada pihak-pihak tertentu berhujjah bahawa Hak istimewa Orang Melayu perlu dinilai semula.
n DEB dan hubungan etnik.
» DEB diperkenalkan 1970 bagi menyelesaikan masalah jurang ekonomi antara etnik. Ia juga adalah bertujuan menyusun semula masyarakat.
» Diharapkan pada 1990 ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara mencapai 30%. Ini adalah bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.
n Pendidikan, Ekonomi dan identiti bangsa
» Kerajaan melihat aspek pendidikan mampu merubah struktur ekonomi dan politik negara. Oleh itu diwujudkan pengajaran sains dan matematik di sekolah menggunakan bahasa Inggeris.
n Globalisasi : Ekonomi dan Hubungan Etnik.
» Kejayaan ekonomi Asia di dekad 1990an, termasuk Malaysia adalah disebabkan elemen globalisasi. Ia dibuktikan oleh aliran masuk modal asing (FDI) dan perlaksanaan dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan negara.
» Aliran masuk modal asing ini dianggap sebagai wang panas yang mana kemudiannya telah menyebabkan negara-negara Asia, termasuk Malaysia dilanda kegawatan ekonomi pada 1997-98.
n Krisis Ekonomi
» Implikasi Terhadap Usahawan Bumiputera, 1998 lebih 25,000 usahawan bumiputera gulung tikar. 191 IKS bumiputera muflis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan