glitter-graphics.com

My Baby Love

Lilypie Pregnancy tickers

Ucuk & Podot Marriage !!

Daisypath Anniversary tickers

ℓιƨтɛи тσ мɛ внα ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Rabu, 2 Januari 2013




BAB 1: KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


1.1 PENGENALAN
n  Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya.
n  Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita Malaysia


1.2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
1.2.1 Masyarakat
n  Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.[1]
n  Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.
n  Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti  berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya.
n  Contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan sebagainya.
n  Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya , memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu.
n  Dari keterangan di atas dapatlah dikatakan bahawa  Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa atau “masyarakat majmuk”.

1.2.1.1 Masyarakat Majmuk
     Istilah masyarakat majmuk  dipelopori oleh J.S Furnivall menerusi kajiannya mengenai masyarakat Indonesiadan Myanmar.
             Menurut beliau masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam. Walau pun mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Interaksi di antara mereka adalah amat sedikit dan amat terbatas. Interaksi wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama ketika proses jual beli di pasar sahaja. Seterusnya pemisahan tersebut berlarutan sehingga di bidang pekerjaan, di mana bidang pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum tertentu (Ruslan Zainuddin, et al. 2005) 
     Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Penduduknya terdiri dari pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban dan sebagainya. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah disebabkan oleh perkembangan industri bijih timah dan getah yang pesat di sekitar abad ke 19.
     Walau pun etnik ini tinggal di dalam sebuah negara dan di bawah satu sistem politik (pemerintahan penjajah British), namun masing-masing tetap dengan tradisi,  identiti, adat resam, budaya, agama mereka.  Senarion ini dapat dilihat dalam sambutan hari kebesaran etnik masing-masing  hari ini.


1.2.1.2 Ciri-Ciri Masyarakat
n  Berkelompok
-Masyarakat tidak akan wujud tanpa  kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok  membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.

n  Berbudaya
-Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

n  Berinteraksi
-Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah  terdapatnya perhubungan, interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakat. Perhubungan, interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.  

n  Mengalami perubahan
- Sesebuah masyarakat  adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari  masyarakat  itu sendiri. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.

n  Mempunyai kepimpinan
-Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai peringkat  sama ada kepimpinan peringkat rendah,sederhana mahupun tinggi. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara. 

n  Mempunyai aturan sosial
- Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat .


1.2.2 Budaya
n  Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataanbuddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan olehmanusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.
n  Kamus Dewan (2005) “Budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya” (Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005) .
n  Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep menyeluruh yang  mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
n  Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-satu kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya.

1.2.2.1    Ciri-ciri budaya:

n  Boleh dipelajari
-Ia tidak lahir dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan, minum,  berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya.

n  Boleh diwarisi
-Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.

n  Boleh dikongsi
-Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain. Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

n  Boleh berubah-ubah
-Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan berubah kepada atap genting dewasa ini. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis.

n  Bersifat sejagat
-Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati alam sekitar. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat, pengaruh luar, agama dan sebagainya

n  Mempunyai unsur simbolik
-Unsur-unsur berupa  imej (bendera, warna, logo, lambang dan sebagainya), bunyi (siulan, bunyian alat muzik ), isyarat,( isyarat tangan, muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

1.2.3          Etnik

n  Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini termasuk adat resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian.

n  Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi.
Pengkaji  barat, Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada  (Mansor Mohd Noor, et al.2006):
                i.Caucasoid (putih)
                ii. Negroid (hitam)
                iii. American (merah)
                iv. Mongoloid (kuning)
1.2.4 Bangsa
n  Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan yang sama.
n  Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang besar dalam satu-satu kelompok. i.e. bangsa Cina, MelayuIndia dan lain-lain.
n  Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia, bangsa menggambarkan anggota etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik. i.e Melayu, CinaIndia dsb.


Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas  Hubungan Etnik

n  Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama yang menyatukan mereka.

n  Etnosentrisme : Kepercayaan dan  kebanggaan yang wujud di kalangan anggota sesebuah kelompok bahawa kehebatan  cara hidup, budaya warisan serta etisiti mereka adalah jauh lebih baik dari kelompok lain.

n  Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi:
                                                         i.            Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain
                                                       ii.            Mencetuskan persengketaan senyap kerana budaya etnik lain dianggap mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia
                                                      iii.            Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikap ego dan kebanggaan yang melulu
                                                     iv.            Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur cara hidup dan budaya etnik lain
                                                       v.            Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan mereka seperti “katak di bawah tempurung”.

n  Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi.

n  Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan ciri-ciri etnik.

n  Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. Ianya dibuat berdasarkan generalisasi dan prasangka sahaja.

n  Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah terhadap etnik lain. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

n  Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis  terhadap etnik-etnik lain. Walau pun sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik , tetapi  kerana sikap prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama.
n  Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan.
n  Contohnya penulis barat mengatakan: “kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana kerjas keras mereka, manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas dan boros mereka”. Pandangan streotaip orang Melayu terhadap orang Cina: “Orang Cina adalah pengotor”,


1.3   KONSEP INTEGRASI DAN PERPADUAN
Definisi integrasi (integration) : Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik (Ruslan Zainuddin, et al. (2005).

n  Menurut Ting (1977) : integrasi sosial  adalah proses menyatu padukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing (Ting, 1977).
n  Jelasnya bahawa integrasi akan wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. Ianya akan melenyapkan sikap prasangka, diskriminasi terhadap satu sama lain.
n  Istilah integrasi sosial ini adalah cetusan idea seorang ahli sosiologi British David Lockwood di dekad 1950an dalam usaha beliau  mencari formula keamanan dan keharmonian bagi sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.

Menurut Shamsul Amri integrasi etnik dapat diklasifikasikan kepada beberapa Jenis, antaranya:  
■    Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks ekonomi, politik, sosial dsb.
n  Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
n  Integrasi kebudayaan : Usaha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi budaya kebangsaan.
n  Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial.
n  Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program pendidikan.
n  Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan melalui konsep pembahagian kuasa.
n  Perpaduan : Satu proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air (Ruslan Zainuddin,2005).
n  Jelasnya perpaduan adalah melibatkan penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan baik fizikal, ekonomi, politik dan sosial.
n  Perpaduan adalah penting bagi mewujudkan kestabilan politik yang mana akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. (.2007)


1.4 TEORI INTEGRASI ETNIK
Menurut ahli soiologi (Shamsul Amri. 2005) integrasi etnik berlaku dalam beberapa peringkat, antaranya:
                     i.            SEGREGASI (Segregation)
n  Hubungan yg bersifat pemisahan antara etnik di dalam kawasan tempat tinggal, persekolahan, pengangkutan kemudahan awam dsb sesebuah negara. Hubungan bentuk ini sepertimana dasar apartheid yg di amalkan oleh negara Afrika Selatan.

ii.            AKOMODASI (Acomodation)
n  Proses etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu samalain namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Walau bagaimana pun mereka hidup dalam harmoni. i.e Swiss.

iii.           AKULTURASI
n  Proses penerimaan budaya dari kelompok lain sehingga kebudayaan kelompok tersebut diterimapakai sebagai kebudayaan sendiri.
Proses penerimaan tersebut sesekali tidak akan menyebabkan hilang identiti asal mereka. i.e pemberian ‘ang pow’ pemakaian tali leher dsb. oleh masyarakat Malaysia.

iv.              ASIMILASI
n  Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga terbentuk satu kelompok manusia yg mempunyai identiti yang sama. Di Malaysia ia berlaku pada masyarakat Baba Nyonya Melaka, masyarakat Cina Kelantan.
n  Teori asimilasi ini menggunakan formula A+B+C = A
n  A mewakili etnik dominant, manakala B dan C mewakili etnik minoriti. Ideanya ialah lama kelamaan semua kumpulan akan mematuhi pola-pola golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.

v.               AMALGAMASI
n  Proses percampuran budaya dan ras sehingga membentuk budaya dan ras yang baru. Cara utamanya ialah melalui perkahwinan campur.
n  Teori  ini menggunakan formula A+B+C = D
n  A,B dan C mewakili etnik yang berlainan, manakala D adalah etnik yang terhasil dari penyatuan A, B dan C.

1.4   HUBUNGAN ETNIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

● Menurut Islam, manusia walaupun berlainan bangsa, kulit, bahasa dan agama adalah berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam a.s. Ini dinyatakan oleh Allah swt:
“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam dan Kami angkut (permudahkan mereka dalam perjalanan di daratan dan di lautan dan Kami kurniakan mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan” (a-l-Israk:70)
● Dalam Islam, Islam juga tidak membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain berdasarkan warna kulit, etnik dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw:
       Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa Ajam dan tidak ada kelebihan bangsa Ajam ke atas bangsa Arab”.

● Sehubungan dengan itu Rasulullah pernah memarahi Abu Zarr apabila Abu Zarr menghina Bilal dengan mengatakan “wahai anak hitam”. Sabda Rasulullah saw “Apakah engkau menghinanya kerana ibunya?, sesungguhnya pada diri mu itu terdapat sifat-sifat jahiliyah” (Sahih Bukhari)

● Seterusnya Islam menganjurkan supaya umat Islam mewujudkan hubungan yang mesra antara umat manusia sepertimana firman Allah: Hujurat : 13
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu”).
                     


Bibliografi
1.       Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2.       Mansor Mohd Noor. Abdul Rahman Abdul Aziz dan Mohamad Aminuddin Iskandar Lee. (2006).   Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.
3.       Ruslan Zainuddin. Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2005). Kenegaraan MalaysiaKuala Lumpur:Oxford Fajar.
4.     Shamsul Amri Baharuddin (ed). (2007).  Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: Pusat Penerbitan        Universiti (UPENA) UiTM,


#shared:uitmnote



BAB 2: PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA



2.1 PENGENALAN
          Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah.
          Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory).
          Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan.

2.2 CIRI-CIRI PLURALISME
          Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.
          Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga.
          Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.
          Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya.


2.3 KEMUNCAK PLURALISME DI ALAM MELAYU
          Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut Tom Pires , seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe world”(Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6). Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan “Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6)
          Antara faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi jolokan “The Venice of the East”:
                                 i.            Pemerintahan yang bersistematik
»     Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju, untuk menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya
»      Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada masa itu.  Hubungan Melaka dengan negara China  telah membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir  luar.
»     Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik .  Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.
»     Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan.
»     Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam
                               ii.            Perdagangan
»             Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang. Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
»             Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan sebagainya yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
                              iii.            Kebudayaan
»             Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya.
»             Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan


2.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
          Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.
          British membawa masuk imigran Cina dan  India untuk bekerja di lombong dan diladang getah.
          Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah ‘divide and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.
          Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.
          Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.
          Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.
          Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.
          Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :
          Politik dan pemerintahan            
»     Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya)
»     Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain.
    1. Sistem dan Struktur
»             Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.
»             Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan              tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.


2.5 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA
          Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan penjajah.
          Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa aspek :
  1. Aspek politik
»             Politik Malaysia  sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik.  UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.
»             Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional
»             Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara.
               
       ii.            Perlembagaan
Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia)
»             Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat bagi       membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia.
»             Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik                                           
      iii.            Pendidikan
»             Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis  sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas  merdeka.
»             Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji  sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
»             Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk  menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

     iv.            Ekonomi
»             Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah dasar ekonomi bebas “laissez faire”.
»             Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem                ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian) yang      melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran      dan modal) yang melibatkan orang Cina.
»             Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik.
»             Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya”
                                                            Rancangan Malaysia
                                                            DEB
                                                            Wawasan 2020 dan sebagainya

2.6 KESIMPULAN

Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama  politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
»             Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan               sebagainya.
»             Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana     aman dan harmoni.


#shared: uitmnote

Ħα_Ħα_Ħʋ_Ħʋ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Rashidah Jr SuLaiman