glitter-graphics.com

My Baby Love

Lilypie Pregnancy tickers

Ucuk & Podot Marriage !!

Daisypath Anniversary tickers

ℓιƨтɛи тσ мɛ внα ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Rabu, 2 Januari 2013




BAB 7: CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA



7.1 PENGENALAN
  • Usia lima puluh tahun kemerdekaan banyak mengajar negara mengenai erti perpaduan, integrasi dan cabaran hubungan etnik.
    • Di sepanjang usia tersebut negara telah menempuh pelbagai pengalaman dalam mewujudkan hubungan antara etnik, ada yang manis dan tidak kurang yang pahit disebabkan kepelbagai budaya, agama, adat dan budaya
    7.2  Bentuk-Bentuk Cabaran Hubungan Etnik
    1. Cabaran dari segi Politik:
      • Sistem politik di Malaysia adalah sistem politik berbentuk keetnikan / perkauman.
      • Walaupun bernaung di bawah satu payung (BN), namun terdapat parti politik yang berjuang menjaga ekonomi, pendidikan, agama, hak dan masa depan etnik mereka sahaja
      • Sistem  politik perkauman ini telah menyebabkan sentimen dan semangat perkauman semakin menebal dari masa ke semasa.
      • Kecenderungan ini sedikit sebanyak mengganggu usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi etnik
    2. Cabaran Sosial.
                                     i.            Pemisahan penempatan
    »      Ia akibat sistem ‘pecah dan perintah’ British, faktor geografi i.e antara Sabah, Sarawakdengan semenanjung.
    »      Akibatnya tidak interaksi dan komunikasi, tebalnya semangat kekitaan, etnosentrisme dsb.
                                   ii.            Pengasingan sistem pendidikan
    »      Akibat pemisahan sistem pendidikan yang diamalkan British yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
    »      Akibatnya interaksi hanya dalam satu-satu etnik sahaja. Mereka tidak memahami budaya lain selain budaya dan adat mereka sahaja.
    1. Cabaran ekonomi.
        • Perbezaan pekerjaan
        • Orang Melayu disektor pertanian, bukan Melayu disektor perniagaan dan pekerjaan berteknologi tinggi
        • Perbezaan pekerjaan telah menghalang interaksi antara etnik di bidang ekonomi.
        • Dominasi sektor ekonomi
        • Perbezaan sektor ekonomi akan membawa kepada jurang pendapatan dan jurang miskin-kaya. Ini membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
        • Pengaruh ekonomi bebas. Pengaruh ekonomi bebas ini akan membawa satu-satu etnik tidak mementingkan interaksi dengan etnik lain. Apa yang penting ialah mendapat keuntungan hasil dari aktiviti ekonomi mereka.

    1. Cabaran dari aspek kepentingan nilai.
    §  Masyarakat Malaysia mempunyai nilai agama, budaya, bahasa masing-masing
    §  Setiap etnik akan mengutamakan nilai agama, budaya, bahasa dan kaum kerabat masing-masing.Ini akan membawa kepada polarisasi etnik di Malaysia
    §  Pengaruh S&T yang mampu memusnahkan nilai kemanusiaan, keluarga, masyarakat dan negara

    1. Cabaran Globalisasi (Pengaruh ideologi barat)
    §  Barat ekspot budaya hedonisme yang negatif ke Negara timur. Ianya akan merosakkan nilai ketimuran yang luhur dan sebagai gantinya nilai dan pemikiran moden barat.
    §  Ia adalah sebahagian dari penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan budaya dan pemikiran masyarakat di negara dunia ketiga.
    §  Penjajahan bentuk ini akan menghalang pembinaan jatiditi dan tamadun bangsa Malaysia.
    §  Sekiranya ia tidak dikawal maka akan menjerumuskan satu-satu etnik kepada semangat perkauman dan prasangka buruk terhadap etnik lain.
    7.3  Implikasi Hubungan Etnik Di Malaysia
    1. Hubungan etnik di Malaysia mengalami pasang surut.
      • Sebelum PDII hubungan adalah baik, kemudiannya berubah menjadi longgar semasa PDII dimana terdapat etnik yg memberi sokongan kepada pendudukan Jepun di T.Melayu.
      • Hubungan tersebut kembali kukuh di era kemerdekaan kerana British meletakkan syarat semua etnik mesti bersatu sekiranya mahu merdeka. Kemudian kembali longgar ketika peristiwa 13 Mei 1969.
      • Kini secara umumnya hubungan adalah baik disebabkan pelbagai program anjuran kerajaan i.e Rukun Negara, Rukun Tetangga dsb.
    2. Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969.
      • Berlaku kerosakan harta benda.
        1. Ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak, menang jadi arang, kalah jadi abu.
        2. Kerosakan harta benda dan korban jiwa yang banyak i.e di Selangor 196 orang mati dan 493 cedera.
      • Peristiharan perintah berkurung.
        1. Menyekat kebebasan bergerak, berinteraksi, beraktiviti dll.
        2. Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung.
        3. Pilihanraya S&S digantung.
    3. Jangan mencabar perlembangaan i.e kedudukan Orang Melayu
      • etnik bukan Melayu jangan mencabar peruntukan yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan i.e jangan mencabar Orang Melayu kerana mereka akan menentang habis-habisan.
      • Pembahgian kekayaan negara atau ekonomi negara perlu mengambil kira etnik di Malaysia kerana ketidakseimbangan ekonomilah menyebabkan tercetusnya 13 Mei 1969.
    7.4  Pembinaan Masyarakat Malaysia
    • Faktor kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia
      1. Political Will (Keazaman politik) : Para pemim pin berazam  untuk mewujudkan hubungan etnik di pringkat negara.
      2. Critical Mass : Mewujudkan badan untuk merealisasikan niat diatas i.e Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institut kajian dan Latihan Integrasi Nasional dsb.
      3. Kekukuhan Ekonomi : Usaha mengukuhkan ekonomi setiap bangsa, bukannya hanya pada etnik tertentu sahaja.
      4. Hubungan etnik dan  integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival manusia dipenuhi.
      5. Perkongsian wawasan : Mempunyai wawasan bersama untuk terus maju dan berintegrasi i.e Wawasan 2020.
      6. Penggunaan S&T : IT dan ICT digunakan sepenuhnya untuk   menghubungkan etnik pelbagai diMalaysia i.e penggunaan S&T untuk menghubungkan etnik Semenanjung dengan S&S.
      7. Menerima perbezaan antara agama
    7.5  Kaedah penyelesaian Hubungan Etnik
    1. Jadikan Islam sebagai rujukan
      • Menjadikan Sahifah Madinah sebagai panduan di dalam mengintegrasikan penduduk yg beragama Islam dengan bukan Islam
      • Pengintegrasian tersebut  jelas menunjukkan ianya dibuat dengan adil di mana Orang Yahudi dan bukan Islam dipertahankan oleh perlembagaan iaitu:
    §  Orang Yahudi Madinah diktiraf oleh perlembagaan dan mereka perlu sama-sama mempertahankan kotaMadinah
    1. Tekankan Pembinaan Jati Diri Malaysia
    §  Definisi jati diri : gambaran atau dari segi identiti bangsa, semangat kebangsaan, keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme yang ada pada seseorang.
    §  Jati diri Malaysia bermakna seseorang yang mempunyai identiti bangsa, semangat kebangsaan, keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme Malaysia.
    §  Jati diri Malaysia mampu dicapai kerana kita adalah negara merdeka dan berdaulat, dimana semua perkara yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia adalah untuk membawa kepada kewujudan jati diri Malaysia.
    §  Elemen yang perlu diambil kira dalam pembinaan jati diri adalah:
    »      Islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan
    »      Keturunan Melayu yang dominan, di mana Orang Melayu mendominasi politik dan pemerintahan.
    »      Dominasi ekonomi oleh orang Cina.
    »      Minoriti India, Kadazan dll
    Acuan Jatidiri Malaysia
    §  Setiap negara ada acuan pembinaan jati diri masing-masing, contohnya Amerika ‘salad bowl’, Indonesia ‘pancasila’ Singapura ‘sosio-engineering’.
    §  Perkara yang perlu diteliti dalam bidang pembinaan Jati diri acuan Malaysia :
    »      Kesedaran : iaitu kesedaran, kemahuan dan mempunyai ilmu bagaimana untuk bersatu.
    »      Menangani perbezaan : Tahu apakah perbezaan yang boleh kita raikan / terima dan apakah pula yang tidak boleh diraikan i.e soal sekedudukan apakah boleh kita raikan, perbezaan cara pakaian apakah boleh kita raikan ?
    »      Kerjasama : Kerajasama antara etnik dalam badan-badan amal, kelab dsb.
    »      Sistem pelaksanaan dan pemantauan : Perlunya ada agensi pelaksanaan dan pemantauan dari pelbagai pihak umpamanya kerajaan.

    #shared : uitmnote

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Ħα_Ħα_Ħʋ_Ħʋ❤¸¸.•*¨*•♫♪

    Rashidah Jr SuLaiman