glitter-graphics.com

My Baby Love

Lilypie Pregnancy tickers

Ucuk & Podot Marriage !!

Daisypath Anniversary tickers

ℓιƨтɛи тσ мɛ внα ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Rabu, 2 Januari 2013





BAB 3: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK


3.1 PENGENALAN
•       Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi yang menjadi dasar dan panduan dalam pemerintahan sesebuah negara.
•       Dalam konteks negara Malaysia, perlembagaan mengandungi beberapa peruntukan yang berkaitan dengan  corak pemerintah

an negara, kewarganegaraan, agama,  bahasa kebangsaan, kewangan, kehakiman, kewarganegaraan, hak asasi , pilihanraya dan sebagainya (Salleh Abbas : 2).

3.2 KONSEP PERLEMBAGAAN
•       Definisi perlembagaan: ”Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara” (Hubungan Etnik Di Malaysia, Oxford Fajar). Manakala Salleh Abbas mendefinisikan perlembagaan “suatu suratan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi menubuhkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi semua undang-undang, sama ada yang sudah atau yang akan dibuat” (Salleh Abbas : 2).
•       Perlembagaan terbahagi dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
•       Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen, contohnya perlembagaan Malaysia. Perlembagaan bertulis boleh dipinda bagi memenuhi tuntutan semasa menerusi proses parlimen (Perkara 159 dan 161E).  Manakala perlembagaan tidak bertulis adalah perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen. Ianya merupakan undang-undang yang diputuskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah dan pandangan serta pendapat para ilmuan undang-undang (jurist) yang terkemuka, contohnya perlembagaan negara Brittain. Ini adalah kerana masyarakat Brittain merasakan kehidupan mereka terjamin oleh konvensyen perlembagaan mereka dan kebijaksanaan mahkamah mereka (Salleh Abbas : 3).

3.3   KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
·         Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia, yang menjadi punca kepada semua undang-undang samada yang sudah digubal mahu pun yang bakal digubal. Semua undang mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya wujud percanggahan maka ianya akan terbatal dengan sendirinya.
  • Badan eksekutif, legislatif dan kehakiman, malah YDPA juga memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Dengan lain perkataan, kesemua badan tersebut tertakluk kepada undang-undang.
•     Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkasnya ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dll.
  • Perlembagaan berperanan untuk menubuhkan negara, menentukan bentuk pemerintahan, menentukan had-had kuasa pemerintah,  menjaga dan mendokong hak asasi serta  membahagikan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman serta antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di samping sebagai tempat rujukan tertinggi bagi mahkamah.
•     Tiap-tiap negeri di Malaysia juga ada perlembagaan atau Undang-undang Tubuh masing-masing yang menentukan corak pemerintahan negeri berkenaan.
3.4 TUJUAN PERLEMBAGAAN
  1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
      • Kemasukan hak istimewa Orang Melayu, agama Islam (perkara 3 (1) dan bahasa Melayu (perkara 152) adalah untuk berlaku adil kepada penduduk peribumi Negara ini.
  2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
      • Terdapat beberapa peruntukan khas kepada YDPA dan raja-raja Melayu. Walau pun mereka mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka tertakluk kepada (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Maka dengan ini dapat mengelak penyalahgunaan kuasa.
  3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
    1. Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat (Bahagian 2, Perkara 5-13). Ini dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh pihak tertentu.
  4. Menjamin keamanan dan kestabilan negara
    1. Melalui sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengasasi pergerakan setiap warganegara (Bahagian 2, Perkara 10).
3.5 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
•       British kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan september 1945 dan menubuhkan British Militery Administration (BMA), iaitu selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
•       Usaha untuk mewujudkan perlembagaan bagi Tanah Melayu bermula apabila British merancang untuk menggabung semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union.
•       Penubuhan Malayan Union pada dasarnya adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
•       Walau pun ianya ditentang hebat oleh orang Melayu, namun gagasan tersebut tetap diteruskan di mana Malayan Union diluluskan oleh British pada 10 Okt 1945.
•       Bagi menjayakan gagasan tersebut, Sir Harold Mac Micheal ditugaskan untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur dengan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.

3.6 FAKTOR MALAYAN UNION DIPERKENALKAN
  1. Menyatukan negeri-negeri dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran kerana negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu pada masa itu memerlukan perbelanjaan yang besar. Sebelum PDII, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga sistem pentadbiran yang berbeza iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kepelbagaian sistem ini memakan kos yang tinggi dan ini menyebabkan pembangunan ekonomi tidak seimbangan antara satu negeri dengan negeri yang lain.
  2. British menyimpan dendam terhadap Orang Melayu yang telah dikatakan telah memberi sokongan kepada Jepun dalam PDII. Dengan pembentukan Malayan Union, British berharap orang Melayu akan menumpukan taat setia kepada Malayan Union dan orang bukan Melayu akan melupakan negara asal mereka. Ia akan menjamin kepesatan pembangunan ekonomi Malayan Union.
  3. Bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri apabila Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan satu masa nanti.
3.7 CIRI-CIRI MALAYAN UNION
  1. Malayan Union mengandungi sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
  2. Singapura kekal sebagai tanah Jajahan British dan ditadbirkan oleh seorang Gabenor.
  3. Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British, dan  ianya dibantu oleh dua buah majlis iaitu Majlis eksekutif dan Majlis Legislatif.
  4. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam adat dan agama Islam sahaja.
  5. Hak kerakyatan sama bagi semua tanpa mengira etnik menerusi konsep jus soli. Melalui konsep ini etnik imigran yang layak mendapat taraf warga negara ialah:
§  berumor 18 tahun atau lebih dan telah menetap di Tanah Melayu selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, dan
§  Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.


3.8 PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
q  Sebab penentangan:
1.       Pemerintahan negeri Melayu diletakkan di bawah gabenor British.
2.       Penghakisan kuasa raja-raja Melayu. Mereka berkuasa hanya pada agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.  Orang Melayu sukar menerima konsep pemerintahan Malayan Union kerana mereka menganggap raja-raja Melayu adalah pelindung mereka. Pada mereka raja-raja Melayu adalah lambang kekusaan orang Melayu, hilangnya kuasa raja-raja Melayu  bermakna lenyapnya kuasa orang Melayu.
3.       Cara British mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan cara paksaan dan ugutan. Sebagai contoh Sir Harold MacMichael mengugut Sultan Badlishah Kedah akan kehilangan kuasa sekiranya baginda enggan menandatangi persetujuan perjanjian untuk menubuhkan Malayan Union.
4.       Kebanyakan sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti mana yang terjadi kepada Sultan Perak.
5.       Hak kerakyatan diberikan kepada bukan Melayu. Mereka bimbang pemberian kerakyatan yang begitu mudah akan mengancam status quo orang Melayu dan akan membawa kesan politik dan ekonomi orang Melayu. Kebimbangan mereka ini ada rasionalnya kerana pada tahun 1947 orang Melayu hanya mewakili 47.46% dari jumlah penduduk Tanah Melayu .
q  Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union adalah dalam pelbagai bentuk antaranya melalui media massa (Utusan Melayu, Majlis, Saudara, Warta Malaya) dan melalui organisasi (Persatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Selangor, Kesatuan Melayu Muda dan sebagainya)Nazaruddin, p.30. Di Alor Star, lebih 50,000 orang Melayu telah mengadakan demonstrasi pada Januari 1946, di Kelantan 10,000 orang telah berdemonstrasi pada 15 Disember 1945 bilamana Mac Michael tiba untuk mendapat tandatangan Sultan Kelantan, manakala  di Johor pula  lebih 15,000 mengadakan demonstrasi pada 10 Februari 1946. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union telah menyebabkan British mengambil keputusan untuk membubarkan Malayan Union.
q  Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja datang dari orang Melayu tetapi juga dari bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi. Mereka telah menyuarakan pandangan mereka melalui media di London supaya British menjaga kepentingan dan hak istimewa orang Melayu.
q  Walau bagaimana pun terdapat juga sebilanngan kecil orang Melayu dan parti politik yang menyokong pembentukan Malayan Union. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan Melayu radikal. Antaranya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar.
q  Tentangan beberapa pihak diatas telah menyebabkan British bersetuju untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
q  Selepas pembubaran Malayan Union, British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi merangka perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union. Jawatankuasa tersebut terdiri dari 6 orang pegawai British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 2 orang wakil Umno.
q  Jawatankuasa Kerja tersebut telah membuat beberapa cadangan, antaranya:
i.         Mengekalkan kuasa dan daulat raja-raja Melayu
ii.       Mengetatkan syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu
iii.      Mengekalkan hak istimewa orang Melayu
q  Walau bagaimana pun beberapa pihak telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja tersebut, antaranya:
»      All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock menyarankan beberapa perkara:
–      Penyatuan negeri termasuk Singapura
–      Pemerintahan oleh sebuah badan legislatif pusat dan ahlinya dipilih oleh rakyat
–      Taraf kewarganegaraan yang sama untuk semua
»      PUTERA yang dianggotai oleh Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), mahukan:
–      Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
–      Hubungan luar dan pertahanan adalah di bawah tanggungjawab bersama antara kerajaan Malaya dan British
–      Perkataan “Melayu” digunakan untuk kerakyatan Malaya
–      Warna pada bendera mestilah menggunakan warna kebangsaan Melayu

q  1 Februari 1948 British isytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-cirinya:
q  Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat. Singapura kekal sebagai sebuah tanah jajahan British.
q  Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerja.
q  Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.
q  Orang Melayu diberi hak istimewa
q  Syarat kewarganegaraan diperketatkan. i.e orang yang layak memohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan bermestautin selama 8 daripada 12 tahun sebelum permohonannya dan mempunyai pengetahuan B. Melayu atau Inggeris dengan baik.


3.9 HUBUNGAN ETNIK SEBELUM MERDEKA
q  Perpaduan dan hubungan antara etnik merupan satu permasalahan besar. Ini adalah disebabkan penduduk negara ini bukan sahaja terdiri dari berbilang etnik abahkan juga berbilang budaya, adat agama dan bahasa. Masing-masing ingin menjadikan bahasa ibunda, agama, adat budaya masing-masing sebagai teras dalam pembentukan negara.
q  British cuba menyelesaikan permasalah ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949 (Comunities Liason Committee-CLC) sebagai medan perbincangan dan pemyelesaian apa jua masalah perkauman. Ini termasuklah masalah kewarganegaraan, politik, ekonomi, pendidikan,ekonomi dan sebagainya. Oleh itu penubuhan jawatankuasa ini dianggap amat bermakna dan dan bertindak sebagai forum dalam menyemai semangat tolak ansur antara etnik demi kemajuan dan keamanan negara.
q  Semangat tolak ansur antara etnik tersebut dapat dilihat menerusi kerjasama antara etnik dalam pilihanraya perbandaran dan pilihan raya umum. Pakatan UMNO dan MCA dalam pilihanraya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 telahmemenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pilihanraya umum 1955 menyaksikan Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi.

Memorandum Kemerdekaan
q  Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London pada Februari 1956 untuk berunding mengenai kemerdekaan Malaya. Rombongan tersebut diwakili oleh 4 orang wakil raja-raja Melayu iaitu Datuk Panglima Garang, Dato’ Ahmad Kamil, Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Sheth; manakala wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S. Lee dan wakil British Malaya.
q  Hasilnya satu perjanjian telah ditandatangani pada 8 Feb. 1956 yang dinamakan Perjanjian London. Aantara isi kandungan Perjanjian London ialah:
–      British akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
–      Sistem pemerintahan T. Melayu adalah demokrasi dan Tanah Melayu adalah anggota Komanwel.
–      British berhak menempatkan tenteranya di T. Melayu.
–      Sebuah Suruhanjaya bebas bagi merangka perlembagaan T. Melayu.
□ Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Susulan daripada Perjanjian London, British memerintahkan supaya dirangka satu perlembagaan baru bagi Persekutuan Malaya yang merdeka. Sebuah Suruhanjaya telah ditubuhkan dan diketuai oleh Lord Reid. Manakala ahlinya terdiri daripada Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell (Australia), B.Malik (India) dan hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya tersebut dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid mengambil sempena nama ketuanya iaitu Lord Reid.
Mesyuarat demi mesyuarat telah di adakan oleh Suruhanjaya tersebut dari bulan Jun hingga Oktober 1956 da telah mengadakan  telah menerima sebanyak 131 memorandum bertulis daripada parti politik dan juga orang ramai. Ini menunjukkan ianya telah mendapat persetujuan ramai baik Melayu dan bukan Melayu. Cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reiod telah diterima oleh Majlis Kerja Persekutuan (Faderal Legislative Council) pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.
Berasaskan kepada beberapa perkara seperti kedudukan Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua negara, orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal negara ini dan diberi hak istimewa, bahasa Melayu dan agama Islam diiktiraf sebagai bahasa dan agama rasmi negara, pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang lahir di Malaya selepas merdeka;  maka dianggap Perlembagaan Malaya bolehlah dikatakan satu perlembagaan berasaskan sistem monarki dan sistem demokrasi.
q  Orang Melayu dan bukan Melayu telah bersetuju mengenai beberapa perkara penting seperti hak kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. Inilah yang dikatakan kontrak sosial.
q  Prof Ahmad Ibrahim: Perlembagaan Malaysia digubal atas persetujuan ramai. Oleh itu ia bukan sahaja dokumen perundangan tetapi juga merupakan kontrak sosial antara etnik di Malaysia.


3.10 Unsur-Unsur Tradisi Perlembagaan dan Kontrak Sosial.
  1. Bahasa Melayu.
    • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Ia mestilah dugunakan untuk maksud-maksud rasmi seperti dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri dsb. Walau bagaimana pun Perkara 152 (1) menyatakan penggunaan bahasa lain dalam pertuturan, pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dilarang.
    • Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan juga tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya wujud pihak tertentu menggunakan isu bahasa i.e untuk meraih undi, maka ia boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1984, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Ordinan (kuasa-kuasa perlu) Darurat Nombor 45, 1970.
    • Kesan dari jaminan Perlembagaan Persekutuan dan dari usaha untuk memertabatkan Bahasa Melayu telah melahirkan Dasar Pelajaran kebangsaan dan juga penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia  pada tahun 1970.
  2. Agama Islam
    • Dimaktubkan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana “Islam merupakan agama bagi Persekutuan”, iaitu agama rasmi negara. Walau bagaimana pun Perlembagaan tetap memberi kebebasan terhadap agama lain iaitu “agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan 1995; Perkara 3(1).
    • Jaminan kebebasan beragama ini dinyatakan dalam Perlembagaan(Perkara 11)  :
      1. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya.
      2. Tiada siapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diperuntukkan khas samada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud suatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
      3. Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak:
        1. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
        2. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat; dan
        3. Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang
                                                                                (Perlembagaan Persekutuan 1995; Perkara 11:8)              
  • Namun (Perkara 11) juga menyatakan limitasinya iaitu:
    • Ia perlulah memelihara ketenteraman dan keharmonian masyarakat awam, kesihatan awam dan akhlak atau tingkah laku.
    • Seseorang tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai atau bayaran untuk tujuan bukan agamanya.
    • Hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan dalam kes wilayah Persekutuan, jika penyebaran agama itu dibuat di kalangan mereka yang sudah menganut agama Islam.
  • Disamping menjelaskan status agama Islam sebagai agama Persekutuan, Perlembagaan juga menyatakan bahawa mazhab yang diiktiraf iaitu mazhab Shafei dari Ahli Sunnah Waljamaah
  • Natijah daripada pengiktirafan Islam sebagai agama persekutuan, maka kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri mempunyai  kuasa dan kebebasan untuk menubuh, menyelenggara institusi-insitusi Islam serta mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan perkembangan Islam (Perkara 12).
  • Dalam konteks ketua agama Islam, maka perlembagaan menyatakan Sultan adalah ketua agama di negerinya masing-masing. YDPA adalah ketua agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, P.Pinang, Sabah dan Sarawak.
  1. Hak istimewa Orang Melayu
–      Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Orang Melayu sebagai:
»      Beragama Islam
»      Bertutur bahasa Melayu
»      Mengamalkan adat istiadat Melayu
  • Perkara berkaitan dengan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak ialah:
    1. Perkhidmatan awam
•       Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab YDPA atas nasihat Jemaah Menteri merizabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam memandangkan sebelum ini amat kurang golongan tersebut memegang jawatan perkhidmatan awam.
    1. Ekonomi
•       Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang ekonomi.
•       Jika sesuatu permit atau lessen yang dikehendaki bagi menjalankan perniagaan atau perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi mengeluarkan permit atau lessen tersebut. Ini bagi menolong golongan tersebut melibatkan diri dalam perniagaan memandangkan tidak ramai dari kalangan mereka yang terlibat dalam sector tersebut semasa penjajahan.
    1. Pendidikan.
•       Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA bertanggungjawab menentukan perizaban kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seumpama biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan persekutuan.
•       Namun YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan kepada kaum-kaum lain.
    1. Tanah Rizab Melayu (Perkara 89 dan 90).
•       Tanah yang dirizabkan untuk orang Melayu dan tidak boleh ditukar milik  dan diselenggarakan kepada bukan Melayu.
•       Menurut Mohd Salleh Abbas, ianya dijelaskan dalam “Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.”
•       Walau bagaimana pun menurut beliau lagi, “pada amamalannya banyak tanah rizab Melayu telah dipindahkanke tangan orang bukan Melayu”.
v. Pemerintahan Beraja
•       Institusi Raja terus dikekalkan mana sistem pemerintahan Malaysia dikenali sebagai pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.


3.11 Rasional Perkara 153
  1. Pengorbanan orang Melayu dalam masalah kewarganegaraan.
•       Semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan semangat toleransi di antara orang melayu dan bukan Melayu ini dapat dilihat di mana orang Melayu sanggup berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu. Orang Melayu menerima prinsip jus soli iaitu pengecualian mengetahui bahasa Melayu kepada bukan Melayu. Ini membawa kepada pemberian kerakyatan kepada 800,000 kepada orang Cina.
    1. Perkhidmatan awam.
•       Semasa pemerintahan British, jawatn tinggi dipegang oleh British dan jawatan bawahan pula dipegang oleh orang India dan Sri Lanka yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampong hanyalah sebagai petani sahaja.


    1. Ekonomi.
•       Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam dunia perniagaan memandangkan amat sedikit orang Melayu terlibat dalam bidang tersebut sebelum merdeka.
•       Kerajaan juga ingin menghapuskan dominasi dan pengenalan satu-satu etnik mengikut pekerjaan. Oleh itu kerajaan lancarkan DEB.
    1. Pendidikan
•       Keistimewaan dalam bidang pendidikan ini adalah untuk mengelak orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana maju mundurnya ekonomi orang Melayu adalah bergantung kepada pendidikan yang mereka terima.


3.12 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
•       Konsep negara berperlembagaan diperkenalkan oleh Rasulullah melalui penggubalan Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah). S. Madinah mengandungi 47 fasal.
•       Ianya merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Prinsip-prinsip penting Sahifah Madinah dapat diringkaskan:
•       Penggantian ikatan kesukuan atau keetnikan digantikan dengan ikatan keislaman.
–      Fasal ke2 menyatakan ” Sesungguhnya umat Islam di Yathrib dan Quraisy adalah satu umat.”. Kesatuan umat Yathrib tidak berdasarkan asal usul dan suku kaum, tetapi beradasarkan ikatan agama.Fasal ke25 kemudiannya pula menyebut bahawa orang-orang Yahudi dari Bani Auf adalah segolongan dengan orang-orang mukmin.” Ini bermakna Yahudi juga dikira sebahagian dari umat Madinah.
•       Pengiktirafan semua etnik terhadap Rasulullah sebagai ketua negara Madinah.
–      Fasal ke23 menyebut ”Sekiranya berlaku perselisihan faham  antara kabilah atau etnik dalam satu-satu perkara, maka ianya hendaklah diselesaikan mengikut agama Islam dan dirujukkan kepada Rasulullah”. Ini akan memberi keadilan kepada semua kabilah atau etnik tanpa mengira asal usul mereka.
–      Penekanan kepada prinsip persamaan dan keadilan kepada semua orang tanpa diskriminasi.
–      Fasal ke 15 dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang yang beriman, orang-orang yang lemah akan diberi perlindungan supaya menjadi kuat. Perlindungan ini tanpa mengira kabilah atau puak.
–      Fasal ke 16 ”Orang-orang Yahudi yang mengikuti langkah kami, akan memperoleh pertolongan dan hak yang sama. Mereka tidak akan dianayai dan dimusuhi.
•       Kebebasan di dalam mengamalkan adat tradisi masing-masing.
–      Setiap etnik dibenar meneruskan adat tradisi yang mereka warisi dari nenek moyang meraka. Ini dinyatakan dalam Fasal ke3 ”Kaum Mahajirin bebas melaksanakan kebiasaan mereka. Mereka menerima atau membayar tebusan darah antara mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil”.
–      Begitu juga fasal ke4 ”Suku Bani Auf bebas melaksanakan kebiasaan mereka, akan menerima dan membayar tebusan darah serta menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil, di antara orang-orang yang beriman
•       Memerangi kemungkaran adalah tanggungjawab semua kabilah atau etnik.
–      Fasal ke13 menyatakan : Orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah harus melawan orang-orang yang melakukan kejahatan, dosa, rasuah, meskipun yang melakukan itu adalah anak atau kabilahnya sendiri.
  • Dilarang bantu membantu dalam kejahatan.
–      Fasal ke 14 Orang-orang beriman tidak boleh membunuh sesama orang beriman untuk kepentingan orang kafir. Orang-orang beriman juga tidak boleh membantu orang kafir memusuhi orang beriman.

KESIMPULAN
Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang penting dalam sesebuah negara. Ia merupakan dasar yang menyatakan hala tuju dalam pemerintahan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, proses penggubalannya memakan masa yang panjang dan mengambil kira pelbagai faktor  seperti kedudukan orang Melayu, kerakyatan etnik imigran, kedudukan sistem beraja, agama, bahasa dan sebagainya.
Pengorbanan orang Melayu dan penerimaan etnik imigran terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan telah membawa kepada keamanan negara, perpaduan yang jitu di kalangan rakyat. Kesejahteraan dan keharmonian hidup ini membolehkan kerajaan menumpukan usaha untuk membangunkan negara ke arah menjadi negara maju menjelang tahun 2020.



BAB 4: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS  HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


4.1 PENGENALAN
•          Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik yang diwarisi dari zaman penjajahan.
•          Oleh itu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara, ini adalah bagi memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin.
•          Persoalannya sejauhmanakah masyarakat Malaysia kini prihatin terhadap semangat perpaduan dan menjiwai konsep bangsa Malaysia yang dilaungkan oleh pemerintah.


4.2 KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK
·         Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pembangunan itu pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar. Pertama, pembangunan yang dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancang.
·         Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya:perecana, pelaksana, penerima dan terpenting sekali pembiaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing - masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat terbanyak, semuanya sama-sama terlibat memupuk proses pembangunan berbentuk ini.
·         Alat utama dalam pembangunan yang dirancangkan ini adalah sebuah institutsi yang dikenal sebagai "perancang pembangunan" atau development planning. Institutsi ini pula bertunjangkan satu elemen penting yang disebut "Rencana Pembangunan" atau development plan 1. Rencana pembangunan ini dirakamkan secara bertulis dalam sebuah buku, yakni buku rencana pembangunan..(Shamsul Amri Baharuddin , (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur) .

•          Pembangunan politik dianggap sebagai prasyarat kepada pembangunan ekonomi sosial dan sebagainya.  Ini adalah kerana pembangunan aspek tersebut tidak boleh dicapai tanpa melalui sistem politik tertentu. Oleh itu berjaya atau tidaknya usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara adalah bergantung pada senarion, ideologi dan sistem politik negara terbabit (Ahmad Shukri bin Mohd Nain dan Rosman Mohd Yusof, 2009. Konsep, teori dan isu pembangunan, Johor Bahru : UTM, p. 162)
•          Pembangunan politik bermakna modenisasi politik iaitu membangunkan sistem politik demokrasi barat sebagai model pembangunan politik negara membangun.
•          Sehubungan dengan itu pembangunan politik juga merujuk kepada suatu sistem yang bersifat tempatan seperti sistem kekerabatan, kesukuan digantikan dgn sistem pentadbiran yang menggunakan prosedur yang standard untuk mempertahankan kestabilan dan menguruskan segala sumber ekonomi yang produktif untuk kepentingan bersama sebagai sebuah negara. Unsur nasionalisme dalam konteks mewujudkan sebuah negara adalah penting. Dengan perkataan lain, konsep pembangunan politik juga dikaitkan dengan pembangunan negara-bangsa.
•          Matlamat pembangunan politik adalah untuk membina negara bangsa. iaitu bangsa Malaysia yang yang bersatupadu dan hidup dalam suasana aman damai.
•          Kaedah pembinaan negara bangsa (Kaedah top down):
»      Penghayatan ideologi negara i.e Rukun Negara (lihat di bawah).
»      Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh kerajaan
»      Pemupukan semangat nasionlisme melalui lambang dan ritual negara
  • Pembangunan politik juga melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan budaya sehingga membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat. Ianya melibatkan tiga proses utama, iaitu:
i.                     Perbezaan struktural politik: iaitu perubahan dari konsep feudal kepada struktur pembahagian kuasa kepada kehakiman, eksekutif dan perundangan.
ii.                   Sekularisasi budaya politik: Perubahan daripada budaya politik feudal yang tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada pemisahan antara kedua-duanya.
iii.                  Penyertaan politik oleh rakyat: kuasa rakayat dalam menentukan hala tuju politik.

•          Pembangunan politik oleh diukur dan dianggap tercapai (wujud demokrasi) sekiranya wujud :
»      Parti-parti politik
»      Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
»      Perlembagaan negara
»      pilihan raya
4.3 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA
•       Dalam usaha membina negara bangsa, Malaysia hadapi pelbagai cabaran, antaranya migrasi, penjajahan, wilayah yang berbeza, etnik yang berbeza dan kerajaan yang berbeza.
•    Walaubagaimana pun,  Malaysia komited untuk membina sebuah negara bangsa yang aman lagi makmur.
•          Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beberapa kaedah digunakan, antaranya:
                        i.            Program penghayatan ideologi negara i. e Rukun Negara
             ii.      Penerapan dasar-dasar awam i. e DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan (lihat bab 5).

•          Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan diisytiharkan pada Ogos 1970.
•          Ia adalah bagi mewujudkan interaksi antara etnik di Malaysia, ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969, di mana berlaku perselisihan antara etnik Melayu dengan etnik Cina yang berpunca dari ketidakpuasan hati mengenai kedudukan sosio-ekonomi antara etnik Melayu dengan bukan Melayu.

RUKUN NEGARA
•          Matlamat Rukun Negara adalah:
»        Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
»        Memelihara satu cara hidup demokratik.
»        Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
»        Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak
»        Membina satu masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

•          Bagi mencapai matlamat tersebut, maka dirangka 5 prinsip Rukun Negara:
»        Kepercayaan kepada Tuhan
»        Kesetiaan kepada Raja dan Negara
»        Keluhuran Perlembagaan
»        Kedaulatan Undang-Undang
»        Kesopanan dan kesusilaan.

4.4 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM SISTEM POLITIK DI MALAYSIA
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan jumlah penduduk seramai hampir 26.6j (2006) orang yang terdiri dari etnik Melayu (55%), Cina (25%), India (7%) dan etnik Sabah dan Sarawak. Kemajmukan sistem politik Malaysia dapat dilihat dari sudut:
  1. Demografi dan komposisi penduduk di Malaysia:
            Ä   Secara keseluruhannya etnik Melayu merupakan etnik majoriti di Malaysia
            Ä   Komposisi etnik antara negeri adalah tidak seimbang di mana Kelantan 90% daripada rakyatnya adalah orang Melayu, manakala P.Pinang mempunyai  komposisi penduduk yang agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu. Di Sarawak dan Sabah majoriti penduduknya adalah etnik peribumi Sabah dan Sarawak, orang Melayu dan Cina merupakan penduduk minoriti.
  1. Data pilihanraya, antaranya dapat di simpulkan:
               i.            Di semenanjung dominasi etnik Melayu dalam pilihanraya adalah jelas, di mana Melayu menguasai 125 kerusi parlimen 2004
             ii.            Di Sabah dan Sarawak 31 kerusi dimenangi oleh etnik peribumi. Ini menjadikan kurusi Melayu dan bumiputera 156 kerusi (71.2%).
            iii.            Cina semenanjung mempunyai 23 kerusi parlimen (10.5%)
            iv.            Cina Sabah dan sarawak memenangi  7 kerusi. Ini menjadikan kerusi etnik Cina keseluruhannya 30 kerusi (13.7%).
            v.            Tiada satu kerusi parlimen pun majoriti pengundi India.
           vi.            Daripada 219 kerusi parlimen 33 kerusi (15.1%) adalah kerusi plural. Ini bermakna dalam kawasan parlimen tersebut tiada satu pun etnik yang mewakili etnik majoriti pengundi di kawasan berkenaan.
            vii.            Formula agihan kerusi parlimen berdasarkan komposisi penduduk satu-satu kawasan telah berjaya meneruskan konsep kerjasama politik dan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional.

4.5 KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
•          British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa.
•          Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah bersifat keetnikan.
•          Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.
•          Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.
•          Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya 1955.
•          Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik telah dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi ditolak oleh parti-parti politik diMalaya ketika itu.
•          Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan lebih banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.
•          Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan penguasaannya terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri dan kemampuannya memerintah Malaysiasehingga kini.

4.6 ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA
•          Kontrak sosial.
–        KS adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.
–        Diantara perkara penting dalam KS ialah :
»        Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidakboleh dipersoal.
»        Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal.
»        Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
»        Islam sebagai agama persekutuan.
»        Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
•          Perjanjian Malaysia 1967
–        Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawakdan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak Sosial sebelum ini
20 PERKARA TUNTUTAN SABAH YANG DITERIMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 1: AGAMA
...
"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."

Perkara 2: BAHASA

"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari malaysia.
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh."

Perkara 3: PERLEMBAGAAN

"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah tentu perlu."

Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN

"ketua negara borneo utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan."

Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN

"malaysia" bukannya "melayu raya".

Perkara 6: IMIGRESEN

"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan.

borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajjan persekutuan di borneo utara."

Perkara 7: HAK PEMISAH

"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."

Perkara 8: PERBORNEOAN

"pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."

Perkara 9: PEGAWAI BRITISH

"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari borneo utara."

Perkara 10: KEWARGANEGARAAN

"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;

(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada dua belas tahun"; dan

(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi warganegara persekutuan."

Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN

"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri."

Bab12 Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo utara."

Perkara 13: KERAJAAN NEGERI

"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."

Perkara14: TEMPOH PERALIHAN

"tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan."

Perkara15: PELAJARAN

"sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negiri."

Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

"kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang puindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara. kuasa membinda perlembagaan negeri borneo utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu."

Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura."

Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA

"yang di pertua negara"

Perkara19: NAMA NEGERI

sabah

Perkara20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tid...ak harus merangkumi borneo utara."

•          Perkongsian kuasa
                ─            Perkongsian kuasa di bidang politik di Malaysia bermula pada tahun 1950an         dengan penubuhan parti Perikatan (kemudiannya BN),di mana pemimpin ketiga-tiga etnik terbesar (Melayu, Cina dan India) sedar bahawa kunci keamanan adalah bertitik tolak dari pemuafakatan etnik di bidang politik
                ─            Konsep perkongsian kuasa ini memberi peluang kepada semua etnik, sama ada kecil atau besar, terlibat dalam pentadbiran negara.
•             Kerajaan Demokratik
                ─            Antara asas penting dalam politik di Malaysia ialah kerajaan yang demokratik, di mana Malaysiatelah mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen sejak merdeka 1957.
                ─            Menerusi sistem ini setiap etnik berpeluang menyatakan hasrat, cadangan dan juga bangkangan terhadap kerajaan dan juga dasar-dasarnya, selagi ia tidak menyentuh sensitiviti etnik dan merosakkan keamanan negara.


4.7 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS MERDEKA
•          Secara umumnya Malaysia telah berjaya memupuk perpaduan dan integrasi etnik di kalangan rakyatnya.Bahkan Malaysia dijadikan contoh sebuah negara berbilang etnik yang dapat hidup aman harmoni.
•          Namun hubungan etnik dalam sosial adalah kurang mantap, hanya wujud secara luaran sahaja.
•          Buktinya:
–        1980an kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu yang mengapi-apikan perkauman
–        Peristiwa Kampung Medan 2000, pertelingkahan antara Melayu dengan India
•          Bagi merealisasikan hubungan etnik yang sebenarnya kerajaan telah mengambil langkah mewujud dasar-dasar yang dirangka kerajaan i.e DEB, Wawasan 2020 dan sebagainya.
»        Dasar-dasar tersebut menyediakan peluang kepada semua etnik untuk berada dalam ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.
»        Ia juga banyak mempertemukan perbincangan antara etnik demi pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju i.e dalam ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.


PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK
Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam
  • Musyawarah
Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkara baru yang timbul di dalangan ummah melalui proses ijtihad.
  • Keadilan
Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersebgketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
  • Kebebasan
Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenaradalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.
  • Persamaan
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuatkuasa undang-undang.
  • Hak menghisab pihak pemerintah
Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.
Tujuan Politik Menurut Islam
Tujuan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam.  Tujuan utamanya ialah menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.  Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariat, maka akan tertegaklah  Ad-Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan-tuntutan Ad-Din tersebut. Para fuqahak Islam telah menggariskan 10 perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam:
  1. Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh ulamak salaf daripada kalangan umat Islam
  2. Melaksanakan proses pengadilan dikalangan rakyat dan menyelesaikan masalah dikalangan orang-orang yang berselisih
  3. Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
  4. Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syarak demi melindungi hak-hak manusia
  5. Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar
  6. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
  7. Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat, dan sedekah sebagaimana yang ditetapkan syarak
  8. Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros atau kikir
  9. Melantik pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara
  10. Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi dalam hal-ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi  Ad-Din




#shared:uitmnote

Ħα_Ħα_Ħʋ_Ħʋ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Rashidah Jr SuLaiman