glitter-graphics.com

My Baby Love

Lilypie Pregnancy tickers

Ucuk & Podot Marriage !!

Daisypath Anniversary tickers

ℓιƨтɛи тσ мɛ внα ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Isnin, 14 Februari 2011

biar kenangan ku simpan di hati,....

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪


“Selagi ku bernafas,
Kau takkan ku lepas…
Selagi ku bernyawa,
Selagi itulah aku kan setia,…

Ku ingin kau jadi milikku,..
Aku akan menjagamu,…
Ku berjanji aku akan sentiasa disini,..
Menemanimu di setiap langkahmu,.."

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪



Namun,
Setiap kata-kata yang kau ungkapkan
Bagaikan tiada erti lagi bagiku,..
Kerana aku bukanlah wanita yang buta akan madah cintamu,..
Aku hanyalah wanita yang dahagakan kasih dan sayangmu,..
Dan yang memerlukan dorongan darimu di setiap langkahku
Agar aku tidak pernah tersilap langkah…

Bersungguh kah kau dengan setiap apa yang kau katakan…
Atau hanya madah manis sahaja..
Namun,
Biarlah sayang….
Aku redha dengan semua ini,..
Aku taw ku harus pergi….
Biarlah ku simpan kenangan ini sebagai tanda kita pernah bersama di satu ketika dahulu,..


Di ketika ini,…
Resah dan gelisah peneman jiwa…
Hanya mampu ku bertanya dallam hati
Dan mengenang saat-saat kita bersama…

Ya tuhanku,
Kuatkanlah aku….
Hanya pada-Mu tempat ku mengadu
Segala suka, duka dan rasa rindu
Yang selama ini hanyalah untuknya…

Duhai teman,…
Jikalau inilah yang mampu memberikan
Kita ketenangan dan kejayaan…
Dengan sedaya-upaya akan ku cuba
Untuk menahan diriku
Daripada terus menampakkan kelibatku…

Demi  kamu,…
Aku sanggup begini,…
Ya allah,..
Sungguh ku tidak mengerti
Apa sebenarnya yang berlaku keatasku..
Hanya mampu ku bersyukur
Dengan wujudnya perasaan cinta dalam hatiku…

Dan dengan nama-MU,..
Aku kini ingin mengubah haluanku,..
Ingin mencari sinar pedoman-Mu,..
Dan menuju pintu rahmat-Mu…
Ya allah ya Tuhanku,…
Hanya satu ku pinta dariMu..
Ampunkanlah segala kesilapanku,..

-AMIN-





Rabu, 9 Februari 2011

Bila cinta sudah luntur....kisah kau & aku telah berakhir!!


Bercinta sudah lama, hidup bersama sudah berpuluh tahun. Segala baik buruk diri dan pasangan sudah lama terbongkar dan diketahui. Akhir-akhir ini jiwa terasa kosong, tercari-cari sesuatu untuk mengisinya.Wajah isteri sudah mula jemu di pandang. Asyik wajah itu juga yang dilihat siang malam, pagi dan petang.
Tanpa sedar anda mula bersikap kritikal terhadap isteri, hypersensitive terhadap apa saja yang dilakukannya. Bukan secara positif, tetapi sentiasa terlihat kesalahan dan kekurangannya. Apa saja yang dibuat oleh isteri, sekalipun makanan kegemaran anda selama berpuluh tahun ini, tetap ada yang tidak kena.
Anda mula mencari alasan dan bahan untuk bertekak dengan isteri. Bukan sengaja, tapi entah kenapa , anda sendiri tidak mengerti terhadap perubahan diri. Bahkan anda tidak sedar pun anda dah berubah. Malah bila isteri bertanya mengapa anda berubah sikap, anda dengan tegas menuduh isteri anda yang sudah mula kurang prihatin pada anda, sudah tidak memahami anda, dan sudah kurang layanan terhadap anda.
Malangnya, anda tidak pernah ambil kesempatan duduk seketika dan muhasabah diri dan perkahwinan anda. Di mana silapnya? Aku yang berubah atau dia yang berubah?. Kalau benar ada perubahan, mengapa ia berlaku?.
Apakah anda begitu?. Apakah semua perkahwinan akan berakhir begitu?. Seiring dengan berakhirnya rasa kasih dan sayang?. Apakah perasaan kasih dan sayang tidak boleh kekal hingga ke liang lahad bahkan hingga ke akhirat kelak?. Apakah mesti ia pudar seiring dengan peningkatan usia perkahwinan anda?.
Mengapa ada orang lain boleh kekalkan kasih sayang terhadap pasangan sekalipun tubuh pasangan sudah hancur dimamah bumi?. Mengapa ada pasangan lain yang semakin membongkok semakin kukuh cinta dan kasih sayang mereka?. Mengapa tidak anda?.
Masa bukan satu-satunya faktor yang menyumbang kepada pengurangan perasaan terhadap pasangan dalam perkahwinan. Dalam ertikata lain, tidak tepat jika kita katakan semakin lama usia perkahwinan anda semakin kurang perasaan kasih sayang antara anda dan pasangan. Terdapat beberapa faktor lain yang menjadi penyumbang kepada keadaan ini.
Pertama, pendedahan sikap sebenar. Perkahwinan menyediakan gelanggang terbaik untuk anda mengenali siapa pasangan anda, zahiriah dan batiniah bahkan mengenali diri anda sendiri. Perkahwinan bukan sekadar satu peristiwa. Perkahwinan adalah satu proses yang berterusan yang memberi kesan menyeluruh kepada individu, samada dari segi fizikal , kognitif dan emosi.
Ini bermakna, sehari anda melalui proses perkahwinan, anda memberi ruang dan peluang untuk mendedahkan kepada pasangan siapa dan apa karakter sebenar anda , demikian juga anda semakin mengenali siapa sebenarnya pasangan anda. Anda dan pasangan, selain bagaikan pakaian yang saling menutupi antara satu sama lain juga bertindak sebagai cermin . Melalui interaksi anda dengan pasangan , anda akan mengenali diri anda dan juga pasangan.
Demikian juga sebaliknya. Ini bermakna juga, semakin lama anda dan pasangan hidup bersama, semakin besar peluang untuk pendedahan sikap dan perangai sebenar anda dan pasangan berlaku.
Namun begitu, faktor ini tidak berdiri dengan sendirinya. Penerimaan dan reaksi sering mencetus kekecohan. Sudah tentu anda membawa bersama segala perangai anda ke alam perkahwinan. Anda juga menerima segala apa yang baik dan buruk yang ada pada pasangan. Akad perkahwinan secara sedar atau tidak membuktikan anda (sebagai suami) sanggup menerima apa saja yang ada pada pasangan dan pihak yang satu lagi (isteri) sanggup menerima dan memberi apa yang ada pada diri.
Malangnya kita sering tidak tahu apa yang kita lakukan sebenarnya. Ramai pasangan yang menerima akad nikah tanpa mengetahui apa yang diterimanya dan apa sebenarnya yang disanggupi untuk diletakkan di atas pundaknya. Yang positif biasanya mudah diterima. Namun tidak semestinya begitu dalam alam perkahwinan. Yang baik pada anda belum tentu baik pada pasangan anda, apatah lagi yang tidak baik. Sungguh aneh dunia perkahwinan ini. Yang dulunya satu campur satu jawapannya dua tidak begitu perkiraaannya dalam dunia perkahwinan. Formulanya sudah berubah.
Kedua, penambahan komitmen. Perkahwinan adalah komitmen. Komitmen adalah tanggungjawab. Perkahwinan sarat dengan tanggungjawab samada pada suami atau isteri. Kedua-duanya sama berat dalam bentuknya yang tersendiri. Komitmen bertambah sebaik kehadiran cahayamata. Namun begitu, sekali lagi, faktor ini tidak bertindak sendiri terhadap pengurangan kasih sayang anda dan pasangan. Reaksi anda memainkan peranan. Bagaimana anda menangani dan mendepani segala komitmen ini.
Ramai pasangan yang mula teralih fokus apabila komitmen semakin bertambah. Para isteri terutamanya, apabila mula mendapat cahayamata, seorang demi seorang, mula terlupa pada si suami yang juga perlukan perhatian. Bahkan lupa pada diri sendiri yang juga memerlukan belaian suami. Juga lupa pada tanggungjawab pada perkahwinan yang perlu digilap selalu. Bukan sengaja tapi terlalai. Malangnya kedua-dua pasangan terus hanyut dalam kelalaian ini hinggalah perasaan-perasaan aneh yang menjarakkan hubungan mula timbul dan mencetuskan konflik dan tekanan yang semakin merenggangkan.
Kadangkala menyelesaikan masalah rumahtangga sama seperti menyembuhkan penyakit barah. Selagimana penyakit belum sampai ke tahap kritikal, peluang untuk sembuh masih tinggi. Masalahnya penyakit barah ini seringkali tidak disedari hingga ke tahap ianya sudah benar-benar parah dan sukar diubati. Melainkan jika seseorang itu benar-benar mengambil berat terhadap kesihatannya dan menjalankan langkah pencegahan awal. Bagitu juga dengan masalah rumahtangga dan hubungan suami isteri.
Penyakitnya menular dalam diam-diam. Hingga tiba masa ia mencetuskan perkelahian dan pertelingkahan, kerosakan di dalam perhubungan hingga ke tahap kritikal. Dalam erti kata lain, pada saat bantuan tiba, perkahwinan tersebut sudah di ambang kematian. Hanya perlu buat persediaan untuk dikafankan dan dikuburkan sahaja.
Persoalannya kini, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengekalkan perkahwinan?. Cara terbaik ialah dengan pendekatan ‘cegah sebelum parah’. Dalam ertikata yang lain, anda hendaklah sentiasa berusaha keras memastikan hubungan anda dan pasangan sentiasa dalam keadaan sihat. Sebarang masalah kecil ataupun besar perlu diberi perhatian dan ditangani dengan segera. Bukan dipandang ringan dan dibiarkan tanpa dirawat.
Dalam hal memelihara hubungan suami isteri dan menyelesaikan konflik Allah telah memberikan banyak panduan dalam al-Quran. Panduan ini terungkap dalam surah An-Nisa ayat 19 di mana Allah Taala berfirman yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Ayat di atas jelas memerintahkan agar kita sentiasa bergaul dan melayani pasangan kita dengan cara yang baik. Bentuk dan cara yang baik ini juga banyak di sebut dalam al-Quran samada bagi suami atau isteri. Namun begitu Allah mengingatkan kita , bahawa dalam pada kita menjalankan tanggungjawab dan berbuat baik terhadap pasangan juga, kita tidak sunyi dari perselisihan faham atau konflik yang datang dari perasaan kita terhadap sikap atau perbuatan pasangan.
Namun panduannya disini , kita dilarang dari membuat pertimbangan dan tindakan yang terburu-buru ekoran dari apa yang kita rasakan tadi. Larangan Allah Taala ini diikuti dengan dorongan agar kita mengimbau dan mengambil kira juga segala kebaikan yang ada disebalik perkara yang menimbulkan kebencian kita tadi. Allah mahu kita merenung, menilai secara adil dan seterusnya mengambil kira segala apa yang telah kita terima dan dilakukan oleh pasangan terhadap pasangan secara total.
Demikianlah Islam menyarankan bagaimana cara menangani perasaan-perasaan yang kurang enak yang timbul antara suami isteri. Sekaligus mengakui bahawa wujudnya pasang surut perasaan dalam perkahwinan. Namun begitu, sebagai manusia yang dikurniakan akal, seharusnya kita yang mengawal perasaan tersebut dan bukanlah perasaan yang mengawal kita dan seterusnya perkahwinan kita.




Milikilah rasa malu wahai kaum wanita!!


Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.
Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu.  Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. 
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.
Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)
Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu 'alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput.  Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang.  Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.
"Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu" bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.
Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: 
"Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman."
Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: 
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)
Muslimin-muslimat sekalian,
Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. 
Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. 
Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. 
Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. 
Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. 
Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. 
Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. 
Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. 
Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.
Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu.  Dan macam-macam lagi.
Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.
Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "Just Do It" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat.  Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi.  Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. 
Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu.  Sifat ini wajar kita contohi.
Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa "Malu bertanya sesat jalan".  Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. 
Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana ALLAH subhanahu wata'ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. 
Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut.  Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata'ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.


pilihan dalam hidup


Aku selalu terbayang akan hari esok,
ketika ku dapati diriku penuh dengan lumuran dosa,
berjuta kenikmatan kuraih di dunia,
tanpa kusedari itu semua hanyalah permainan,
dari tipuan syaitan yang selalu memperdaya.
Tak pernah berhenti dari kesibukkan memburu harta,
yang melahirkan kelalaian untuk mengingat Sang Pencipta,
luput dari rasa syukur atas nikmat yang telah diberi,
tak terbesit akan adanya Azab Ilahi yang sangat perih,
mengisi perkara yang tak bermakna dalam ruang waktu,
kerana Iman telah terjajah oleh nafsu.

Tersedar dari lamunan,
raga bergetar petanda ketakutan yang mendalam,
jiwa yang layu mencurahkan air mata,
hingga lisan tak mampu berkata-kata..

Malu... Aku malu pada-Mu ya Allah !!!
jika masa depanku akan menjadi raja dalam dosa,
sedang Engkau telah menjanjikan keindahan surga di antara panasnya api neraka..

Bukankah aku ada hanya untuk beribadah kepada-Mu?
bukankah semua yang tercipta di sekitarku hanya untuk membenarkan keberadaan-Mu?
dan bukankah Indera yang melekat ditubuhku hanya untuk membenarkan keagungan-Mu?
kenapa aku harus angkuh dengan semua yang bukan milikku?

Ya Rabb....
jika masih ada waktu hari ini, esok, dan nanti,
maka berikanlah aku kesempatan untuk berhijrah,
Hijrah ke jalan-Mu yang lurus,
yang penuh dengan taubat dalam setiap langkah,
dan dari setiap peluh yang selalu mengharapkan ampunan-Mu.

Jika air mata ini harus tercurah,
itu hanya kerana takut kepada-Mu,
jika senyum ini telah terkembang,
itu hanya bentuk terkecil dari rasa syukur atas nikmat-Mu,
dan jika darah harus menitis,
Sungguh itu hanya untuk berjihad membela agama-Mu,

Izinkanlah aku memberikan pilihan dalam hidupku,
plihan yang tersurat dalam syair Sayid Qutb,
seorang pejuang Islam dari tanah Piramid,
"Isy kariman au mut syahidan",
Hidup Mulia atau Mati Syahid,

Takkan ada lagi pilihan selain itu,
kerana bagiku...
itu lebih baik daripada dunia dan seisinya,
agar terjaga dari masa depan yang menipu mimpi dan angan.


Ħα_Ħα_Ħʋ_Ħʋ❤¸¸.•*¨*•♫♪

Rashidah Jr SuLaiman